Ayah

Ralit memerhati skrin telefon pintar sambil tahan gelak melihat gelagat lapan sekawan dalam Running Man. Kemudian beralih kepada The Return of Superman, tersenyum melihat aksi ayah dan anaknya. Perhatiannya terganggu dengan panggilan masuk daripada sahabatnya. "Iyaaaa kenapa?" soal Nusaibah menahan geram. "Buat apa tu? Busy ke?" bertalu talu soalan daripada Fatimah. "Tak pun. Kenapa?" soal Nusaibah kembali. 

"Buat apa? Jawab la." bunyi esakan di hujung suaranya merisaukan Nusaibah. "Timah, okay tak? Kenapa ni?" sepanjang mengenali sahabatnya itu, jarang sekali Fatimah menjatuhkan air matanya di hadapannya melainkan sebab peperiksaan dan kawan. "Tak reti nak cakap macam mana." esakannya makin kuat. 

Nusaibah yang dalam kerisauan membuka langkah ke bilik sahabatnya namun langkahnya terhenti dan kembali ke katilnya. Dia sendiri tidak suka dilihat semasa dalam keadaan begitu. Kembali menghalakan telefonnya ke telinga. "Timah, tarik nafas perlahan lahan." mencuba menenteramkan sahabatnya. "Kalau nak kongsi, saya ada. Kenapa ni?" tambahnya. 

"Saibah, tadi saya tengok CCTV rumah. Saya nampak abah keluar ke pangkin kereta dan saya nampak abah merokok semula." tangisnya kembali. "Abah kan baru sihat sakit jantung. Baru lepas bedah hujung tahun lepas. Kenapa da merokok semula. Kalau mama tahu macam mana, nanti mama sedih lagi." adunya lagi. Tangisnya bagai tiada noktah. Fikiran aku melayang ke peristiwa yang masih segar di ingatan aku.

---

"Saibah! Saya takut. Saya gigil. Abah masuk hospital sebab sakit jantung. Tolong doakan abah." adu Fatimah mencari kekuatan dan sokongan seorang sahabat. Panggilan dimatikan. 

Nusaibah tersandar kaku mendengar perkhabaran daripada Fatimah. Dia tahu betapa sayangnya Fatimah kepada ayahnya. Betapa berharganya nilai kekeluargaan kepada Fatimah. Matanya terpejam mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya. 

Beberapa hari berlalu tanpa khabar daripada Fatimah, tiada panggilan masuk dan mesej juga tidak dibalas. Pasti Fatimah sibuk menguruskan ayahnya dan pasti fikirannya penuh dengan pelbagai kemungkinan yang dia harus bersedia. Nusaibah sangat memahami sahabatnya itu apabila masuk kepada bab keluarganya. Family first. 

"Assalamualaikum Saibah. Alhamdulillah abah da boleh keluar hospital." pesanan ringkas daripada Fatimah masuk setelah hampir dua minggu sunyi tanpa khabar. Bibir Nusaibah terukir senyuman manis kelegaan. 'Mesti sibuk budak tu.' monolog Nusaibah membayangkan keadaan sahabatnya menjaga setiap inci keperluan ayahnya. 

---

"Fatimah Az Zahra', lega da sikit?" soalan diajukan selepas lama membiarkan sahabatnya melepaskan perasaan dalam tangisnya. "Em, apa yang saya kena buat sekarang?" soalnya kembali kepada Nusaibah. "Kalau awak slowtalk dengan abah awak. Saya rasa abah awak mesti faham. Awak jangan main terjah je. Awak tanya dulu khabar abah awak. Lepas tu, awak masuk perlahan lahan topik tu." Nusaibah memberikan pendapat dan cadangan kepada Fatimah. "Em saya baru nak tanya macam mana, awak da jawab" ucap Fatimah menerima cadangan. 

"Saya da kenal awak. Setiap perkara nak tanya macam mana." kata Nusaibah disambut tawa kecil Fatimah. "Fatimah, luahkan daripada hati awak sebagai seorang anak yang terlalu menyayangi abahnya. Dari hati pasti sampai ke hati. In Shaa Allah, percayalah." tambah Nusaibah. 

Setelah panggilan ditamatkan. Jelas riak risau pada wajah Nusaibah memikirkan keadaan sahabatnya itu. Tetapi perkara yang lagi merisaukan Nusaibah ialah ayahnya. Lama sudah tidak dia menghubungi ayahnya, setiap bulan pesanan ringkas yang masuk daripada ayahnya hanya berkaitan duit sara hidup telah dimasukkan ke akaunnya. Terbayang kehilangan ayahnya yang disayangi, kekesalan muncul dalam diam. 

Setiap kali Nusaibah menghubungi ibunya, tidak pernah sekalipun dia mencuba bercakap dengan ayahnya. Hanya sampaikan salam sebagai tanda dia mengingati ayahnya. 'Jahatnya aku sebagai anak.' hati kecil Nusaibah berbicara. 

'Ya Allah, rezekikan mawaddah dan rahmahMu dalam keluargaku. Angkatlah doa ibuku Ya Rabb. Kurniakan kami hidayahMu.' dalam pejam, hati kecil Nusaibah meminta. Seorang demi seorang bayangan ahli keluarganya menjengah di fikirannya. Sebak. Kisah yang dipendam seorang tak mampu diluah.  

Comments