Guru & Sekolah

"سمع الله لمن حمده ربنا ولك الحمد , حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه . الله اكبر"
'Huh..'

---

"Amin ya Rabbal 'Alamiinn"

Usai doa, semua jemaah bersalaman dan bangun meninggalkan saf solat. Tetapi tidak untuk Fatimah dan itu mendatangkan persoalan kepada Nusaibah. Selalunya sahabatnya laju bangun untuk bersiap untuk kelas seterusnya dan mengejar untuk membeli keropok kesukaannya dalam perjalanan ke kelas.

"Timah, awak ni dah kenapa? Keropok dah tunggu tu." tegur Nusaibah.
"Eh.. Iya iya. Nanti habis."

Pantas Fatimah bangun diikuti Nusaibah. 'Mesti ada sesuatu.', getus hati Nusaibah. Bukan baru mengenali sahabatnya. 4 tahun cukup untuk dia mengenali Fatimah, riak mukanya mudah untuk dibaca, tidak pandai menipu. Polos.

"Saibahhh, alaa mesti da habis kan keropok tu. Sedihnya.." rungut Fatimah.
"Haha ada rezeki adalah tu. In Shaa Allah." tersenyum Nusaibah.
"Alhamdulillah, ada lagi. Makcik, ni satu. Terima kasih."

"Alhamdulillah.." luah Nusaibah.
"Kenapa?" berkerut dahi Fatimah.
"Awak lah. Buat saya risau, saya ingat awak ada masalah. Putus cinta ke futur ke." jelas Nusaibah.
"Hahahahhahaha.. Ohh yang tu. Saya ada masalah dengan awak tadi. Awak ada baca sesuatu semasa iktidal tadi. Saya tertanya-tanya. Awak kongsi la dengan saya" rajuk Fatimah.

"Awak nak tahu. Daripada Rifa'ah bin Rafi' Az-Zaraqi radiallahu 'anhu, dia berkata : Suatu hari, kami solat bersama nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Apabila baginda mengangkat kepalanya dari ruku’, baginda membaca ‘سمع الله لمن حمده ربنا ولك الحمد'
Seorang lelaki di belakangnya membaca: سمع الله لمن حمده ربنا ولك الحمد , حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه
'Tuhan kami, untuk-Mu segala puji, pujian yang banyak, lagi baik, lagi diberkati.'
Selesai solat, Nabi bertanya: Siapa yang membaca kalimah tadi: Lelaki itu menjawab: Saya. Nabi Sallallalahu ‘alaihi wasallam bersabda: Aku melihat lebih kurang tiga puluh malaikat berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama mencatatnya. " [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 799]

---

"Betul la. Bila kita jadikan setiap tempat sebagai sekolah, setiap orang sebagai guru. Banyak yang kita akan belajar." ucap Fatimah. 
Tersenyum Nusaibah seperti ibu yang bangga dengan anaknya. 
"Kita amal sama-sama ya. Awak jadi saham saya nanti tau." pinta Nusaibah.
"Saham?" soal Fatimah.

Nusaibah berjalan laju meninggalkan Fatimah yang masih tertanya-tanya. 

Comments