Impian Sang Katak

"Katak oh katak, kenapa kau panggil hujan?"
"Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku."


Bukan katak itu yang aku ingin ceritakan. Bukan Sang Katak yang memikirkan manfaat dirinya sahaja, bahkan Sang Katak yang membawa magis dalam kehidupan orang sekelilingnya. 

Kita sering dimomokkan nyanyian katak yang sumbang menyebabkan turunnya hujan. Bukan momokan itu yang ingin aku fokuskan. Turunnya hujan membawa rahmat. Ya, itulah fokus aku. Impianku untuk membawa makna dalam hidup orang sekelilingku. 
Aku ingin bernanyi riang, menghiburkan setiap hati yang kesepian, menceriakan hari yang kusam, membawa sinar kepada yang mencari jalan keluar, memberi erti kepada setiap hati bahawa kita hidup berIlahi, jangan pernah takut untuk berlari kerana Allah Maha Mengetahui segala isi hati. 

Tetapi, aku sendiri takut untuk melangkah bukan kerana tidak percaya dengan hebatnya kuasa tuhan. Namun aku takut berhadapan persepsi dan penerimaan makhluk ciptaan tuhan. 

Satu perkara yang masih aku sedar, jariku masih laju menyanyikan puisi hati walau lidahku kelu bibir terkunci. Jadi, izinkan aku menyanyi. 

Comments